Maklumat untuk dihubungi :

SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH

43300 SERI KEMBANGAN

SELANGOR DARUL EHSAN

( BBA 8280 )

Tel : 03-89640431

Fax : 03-89640627

http://sktsbi.blogspot.com


PROGRAM AKAN DATANG :

1. Mesyuarat PIBG : 30 Januari 2016

2. Road Run ( Merentas Desa ) : Februari 2016

Wednesday 21 January 2015

Sejarah Sekolah


Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2006. Pada waktu itu, hanya kelas tahun 1 hingga 5 sahaja dibuka dengan jumlah kelas sebanyak 15 buah dan murid tidak sampai 400 orang. Jumlah guru pula seramai 30 orang dengan 3 orang staf sokongan.

Pada tahun berikutnya, jumlah kelas dilengkapkan dari tahun 1 hingga 6 dan peperiksaan UPSR dijalankan buat pertama kalinya pada 2007.

Dalam tahun 2008, kelas pra-sekolah mula dibuka dan tahun 2010, kelas pendidikan khas pula dibuka.

Pada tahun 2015 ini, jumlah murid telah telah menjangkau 1294 orang dengan 31 kelas aliran perdana, 4 kelas pendidikan khas dan 1 kelas pra sekolah. Terdapat 67 orang guru dan staf sokongan seramai 8 orang.

No comments:

Post a Comment